RM90.00
Aura Nursalama Aromatherapy
Price RM90.00
Brand AFTL
Availability In Stock
Quantity
2 or more RM88.00
4 or more RM86.00
6 or more RM84.00
12 or more RM80.00
Description
Highlight

Rahsia Aura Sebenar

Umpama bunga yang berupaya menarik perhatian kumbang

  • Pati bunga-bungaan dirumus istimewa untuk menaikkan seri wajah dan magnet diri, umpama bunga yang berupaya menarik kumbang.
  • Sesuai untuk rawatan spiritual dan menaikkan serta baik-pulih aura diri dengan cara semburan , sapuan atau mandian.

 

Kebaikan Aura Nursalama

  • Menyeimbang emosi yang rencam supaya menjadi tenang.
  • Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keadaan fokus dan bersemangat.
  • Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.
  • Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.
  • Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.
  • Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.

Cara Mandian Bilasan Terakhir

  • Titiskan 7 titis Aura Nursalama ke dalam bekas air mandian.
  • Sambil niatkan apa yang dihajati, pusing lawan arah jam agar Aura Nursalama sebati dalam air.
  • Dengan mengikut tertib, jirus air perlahan-lahan dari bahagian atas kepala, kemudian dihalakan ke anggota badan sebelah kanan dan seterusnya ke anggota badan sebelah kiri dan ratakan air ke seluruh badan.

 

Cara Mandian Rendaman Ais

Persediaan

  • 1 beg besar ais, 1 sudu kapur makan, 1 sudu belerang (jika ada masalah spiritual), garam (nisbah 1 kg garam : 10 kg berat badan), Aura Nursalama
  • Masukkan garam dan belerang ke dalam tab mandi yang sudah berisi air, titiskan sebanyak 7 titis Aura Nursalama dan niatkan apa yang dihajati.

10 Minit Pertama

  • Rendamkan diri dalam tab mandi, ratakan dan gosokkan garam ke seluruh badan.
  • Ambil 1 sudu kapur makan, ratakan dan gosokkan ia ke seluruh badan.

10 Minit Kedua

  • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan ais ke dalam tab mandi sedikit demi sedikit sehingga sesedap rasa pengguna sambil meratakan air ke seluruh badan.

10 Minit Ketiga

  • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan lagi ais sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke seluruh badan. Bilas dengan air bersih setelah selesai.

 

Cara Titisan Tapak Tangan

  • Titiskan 1 titis Aura Nursalama di tapak tangan.
  • Ratakan ia sambil niatkan apa yang dihajati.
  • Tangkupkan tangan ke wajah. Kemudian, fokus pada niat yang dihajati, hirup dalam-dalam Aura Nursalama dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.
  • Seterusnya, dengan mengikut tertib, sapukan ia bermula dari bahagian wajah, kepala atau ubun-ubun, pergelangan tangan dan seterusnya ke bahagian kaki.
  • Nota: Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi atau selepas berwudhu.

 

Cara Sapuan 

  • Dengan menggunakan tiub penyedut Aura Nursalama, sapukan ia ke sekeliling kawasann yang bermasalah dengan mengikut arah lawan jam

  • Nota: Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan anggota yang bermasalah seperti kudis, ruam, kutil, ketumbuhan dan sebagainya.

 

Cara Semburan

  • Titiskan 7 titisan Aura Nursalama ke dalam botol semburan / spray
  • Semburkan ke wajah bersih setiap hari atau setiap kali lepas mandi

 

Testimoni Pengguna

 

What's in the box

15ml Aura Nursalama